THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

G R E E T


What's Up!?
Comments from pYzam.com



Thursday, November 5, 2009

Perkara Aaib Tersembunyi di Dalam Minda



Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

istimewa untuk ayah....



AISYAH menutup pintu biliknya perlahan-lahan. Dijengket-jengketkan kakinya supaya lantai tidak berbunyi, kemudian menuruni anak tangga ketingkat bawah dengan berhati-hati. Di hujung tangga dia menoleh ke atas, lega ibu dan ayah tidak sedar apa yang sedang dilakukannya.
PAP! Cahaya lampu kalimantang menerangi ruang dapur rumah teres dua tingkat itu. Aisyah tersenyum lebar. Ya, ini-lah masanya... inilah masanya. Sudah lama dia menantikan saat itu, sekarang sampailah saat yang dinanti-nantikannya.
Hari Sabtu, September 2003, Aisyah ingin memulakan hari itu dengan sesuatu yang istimewa.
Dia mencuci cili merah yang diambil dari dalam peri sejuk dan kemudian mengupas bawang besar. Sebilah pisau tajam dicapai, diikuti papan landas, piring dan mangkuk. Kabinet dibuka, sekali lagi dia tersenyum melihat bekas putih yang penuh berisi tepung gandum. Minyak masak lebih daripada mencukupi.
Senyuman lebar terukir di wajah kanak-kanak comel berusia 11 tahun itu. Dia ingin memulakannya sekarang. Ya sekarang, sebelum ibu dan ayahnya terjaga.
Dengan pantas Aisyah mencedok sesudu tepung tapi ketika hendak menuangnya ke dalam mangkuk...
PRRANGG! sudu itu terlepas daripada genggamannya. Lalu bertaburanlah tepung di atas lantaidan meja.
Aisyah cemas. Habis, habis kotor meja yang baru dibeli ayahnya. Dengan tergesa-gesa dia mengaut tepung itu, namun sisa-sisanya tetap mengotori meja tersebut. Tak apalah, kotor sikit saja, Aisyah menenangkan perasaannya. Sudu tadi dicuci dan Aisyah bersiap untuk memulakan impiannya.
Namun bila melihat meja yang kotor dan aneka bahan di depan matanya, Aisyah tiba-tiba jadi celaru. Mana satu yang patut dimulakan dahulu. Adun tepung? Potong cili? Hiris bawang? Minyak masak? Kuali? Garam?
"Macam mana ni?" Aisyah menggaru kepala.
Dia pandang ke luar. Alamak! Matahari pagi sudah menjengah, mungkin pukul 7.00 pagi. Badannya menggeletar, pasti sekejap lagi ibunya turun ke dapur. Selepas itu ayahnya pula muncul. Habis, habiiiiis! Aisyah perlu siapkan cepat! Dia perlu bersihkan segala kotoran itu sekarang!
"Macam mana ni? Macam mana ni?" Aisyah kian kalut.
Sudah banyak kali Aisyah lihat ibunya memasak makanan istimewa ini, nampak mudah saja tapi... Aaaahhhh!
Tangan Aisyah menggigil semasa menuangkan air ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Dikacaunya tepung itu hingga likat. Malangnya dalam sibuk menggaul, tangannya tersinggul cawan yang diletak di tepi meja!
PPRRAANGG"
Lalu berhamburanlah air membasahi lantai dan kain pelapik di bawah sinki. Lekas-lekas kain tersebut dibaling ke dalam bakul atas mesin basuh.
Sambil menggaul tepung bercampur cili dan bawang yang telah dihiris-hiris, berkali-kali Aisyah memandang ke luar jendela. Alamaaaak... dah siang!
"Aku kena siapkan cepat, kalau tidak..." Aisyah tambah kalut.
Malangnya baru menuang sedikit minyak ke dalam kuali yang telah diletakkan di atas dapur, Aisyah teringat sesuatu. Ah, dia sepatutnya mencampurkan adunan tadi dengan ikan bills. Tapi mana ikan bilisnya? Mana? Mana? Hari sudah cerah! Ikan bills perlu disiang, dibasuh.
Aisyah mengesat air matanya yang mula menitis. Dia takut dimarahi ibu kerana mengotori dapur, bimbang dipukul ayah kerana membuat sesuatu yang tidak disuruh. Mereka pasti berang melihat dia memasak seorang diri. Ibu dan ayahnya sudah banyak kali berpesan, 'jangan main pisau, jangan main api'!
Dalam pada Aisyah kalut mengambil minyak masak, menyiang ikan bilis, membubuh garam ke dalam tepung likatnya, tiba-tiba hujung matanya melihat kelibat seseorang di belakangnya. Aisyah menoleh...
"Mama! Ayah!"
Aisyah gamam melihat ibu dan ayah berdiri memandangnya. Tubuh kanak-kanak comel itu menggigil, mukanya pucat lesi. Dia tunduk memandang meja yang kotor dengan ikan bilis, biji cili, kulit bawang...
Lantai pula comot dengan tepung dan minyak masak yang ditumpahkannya. Pinggan, cawan, pisau, piring dan papan landas berterabur di atas meja serta dalam sinki. Air mata Aisyah tak dapat disekat-sekat lagi. Digenggamnya jari-jemari yang penuh bersempudal tepung.
"Mmm... mmama... aa... ayah..." katanya tersekat-sekat, "maafkan Aisyah. Aisyah nak buatkan cekodok untuk ayah, tapiiii..."
Belum sempat dia menghabiskan kata-kata, si ayah duduk di depannya. Aisyah tunduk, tidak berani melihat wajah ayahnya.
"Aa... Aisyah nak... nak buat cekodok. Ayah kan suka cekodok," ulang Aisyah sambil menahan tangisannya. Habis, pasti aku kena marah, pasti aku kena pukul, kata Aisyah di dalam hati.
Tapi tiba-tiba Aisyah merasa tubuh-nya dirangkul penuh erat, kemudian pipi dan dahinya dicium berkali-kali. Pelukan itu hanya dirungkai hampir seminit kemudian dan si ayah merenung wajah cornel anaknya itu. Pandangan dua beranak itu bertembung.
"Ma... maa... maafkan Aisyah ya, ayah..." rayu Aisyah tersedu-sedu.
"Ayah tak marah. Ayah tau Aisyah sayang ayah..." kata si ayah dengan suara sebak. Air matanya juga bergenang. Dipeluknya Aisyah sekali lagi.
Si ibu datang menghampiri. "Bila bunyi bising-bising kat bawah ni, mak dan ayah turun. Kami sejak tadi perhatikan Aisyah. Aisyah nak buat cekodok ni sebab hari ni hari jadi ayah, kan?" tanya pula si ibu sambil membelai rambut anaknya itu.
Aisyah mengangguk. Ya, sejak dua hari lepas sudah diberitahu hajat itu kepada ibunya. Itulah sarapan kegemaran ayahnya, orang yang amat Aisyah sayangi. Dia ingin meraikan hari lahir bapanya itu dengan suatu yang istimewa juga.
"Jom, mari kita buat sama-sama," sambung si ibu lalu menarik tangan Aisyah.
"Okey... ayah kupas ikan bilisnya," sambung si ayah sambil menyeka air mata anaknya itu. Senyuman manis terukir di wajah mereka.
Pembaca budiman, dalam menjalani hidup ini, kita cuba untuk melakukan yang terbaik tapi ia tidak semudah yang direncanakan. Kita berusaha menyediakan sesuatu yang paling istimewa untuk orang tersayang, tapi sering kali kita gagal melaksanakannya.
Kita berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak, namun bukan mudah melakukannya. Anak-anak pula cuba untuk meraih perhatian serta menunjukkan betapa mereka juga sayangkan ibu dan bapa, tapi bukan semua ibu bapa memahaminya...

terperangkap di pusara ibu...

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.
Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.
" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".
" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.
" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.
" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan
sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.
Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang
bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat
10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."
" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.
" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.
" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.
" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.
" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.
" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah
orang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.
" Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.
" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.
Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.
Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal,
Saida menyesal.."
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana. *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil
berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya
pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.
Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin
dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.
Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.
Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku....renung-renugkan...




SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.
Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."
Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.
Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.
Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.
Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."
Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.
Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.
Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.
Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"
Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...




mengetahui keistimewaan diri ibarat berada di puncak sebuah bukit,harganya tidak ternilai
genggam bara api biar sampai jadi intan jutawan
kia perlu ceria kerana hanya orang yang ceria dan bahagia sahajalah yang boleh cemerlang.
when you say you love yourself,be certain to give one hour of the day to yourself.when you say you love people,be certain to give ten hours of the day to people.
"Bila anda kata anda sayang diri sendiri,pastikan anda berikan 1 jam setiap hri kepada diri anda sendiri.Bila anda kata anda cinta pada manusia,berikan 10 jam masa anda kepada orang lain."
kejayaan berada di pihak anda apabila anda benar-benar berbuat keputusan.
jadilah orang hebat,tapi orang hebat yang sebenar bukanlah mereka yang tak berani hendak mengatakan dirinya hebat.
cantik seorang manusia bergantung pada bisikan-biskan yang berada di dalam.Dan khusus untuk ibu bapa,belakang parang diasah lagikan tajam.Dan untuk pelajar,choose the right book as you choose a right friend.
motivasi terunggul manusia adalah Allah,kalau bukan Allah tiadalah lagi.
orang berilmu,dia selalu menag dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri; caci disambut dengan senyuman,penghinaan ditangkis dengan lemah lembut,kemarahan dibalas dengan diam dan kejahatan dibalas dengan kebaikan.
sebenarnya tiada manusia yang hodoh kecuali mereka yang mengabaikan cara berfikir,cara merasa dan memang merasakan dia hodoh
Dalam menjalani kehidupan,kita perlu bnayak bertenang kerana hanya bertenang boleh membuahkan pemikiran-pemikiran yang terbaik.Percayalah,tatkala kita bergopoh-gapah,sebenarnya separuh daripada keintelektualan kita telah hilang.
Orang yang bergopoh-gapah mudah silap dalam membuat pilihan,mahupun keputusan.Kan ada hadis yang mengatakan,'Bertenang-tenang itu daripada malikat dan bergopoh-gapah itu daripada syaitan.'
saya teringat satu hadis yang pernah saya baca lebih kurang maksudnya,berfikir sesaat tentang ciptaan-ciptaan Allah itu lebih baik daripada sembahyang sunat 72 rakaat.
untuk bercakap tanpa berfikir,tidak ubah seperti menembak tanpa membedek.sesetengah perkara sesuai benar dengan semua orang,tak serasi dengan kita,sesetengah perkara sesuai benar dengan kita dan juga orang lain.Yang penting tidak salah mencuba untuk mengetahui.
bahaya yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal.
elakkan dari makan nasi lemak pada awal pagi untuk mengelakkan mengantuk.
letakkan hasrat,kehendak,sasaran,kemahuan,azam,target dan cita-cita dalm hati dan bulatkan kesemuanya.
insan berfikiran tinggi gemar berkata tentang ilmu,insan berfikiran sederhana gemar berkata tentang peistiwa,insan berfikiran rendah gemar berkata tentang insan lain.anda yang mana satu?
A winner visualise mentally the act of winning long before it ever happen.seorang jaguh sudah menvisualkan langkah-langkah kejayaannya sebelum ia benar-benar terjadi.
orang yang ada masa untuk berasa risau adalah orang yang tiada masa untuk berjaya.
semua orang cerdik hinggalah dia sendiri menafikannya.
brmuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan
bertambah luas akal,bertambah luaslah hidup,bertambah datanglah bahagia.bertambah sempit akal,bertambah sempit pula hidup,bertambah datanglah celaka.
adakah sama mereka yang berilmu dengan yang tidak berilmu
bukan semua orang bodoh itu bodoh,sebenarnya dia bodoh kerana dia membenarkan dirinya untuk menjadi bodoh.
apabila engkau fakir maka ilmu itulah hartamu tetapi jika engkau kaya maka ilmu itulah perhiasanmu.
perubahan yang pling baik ialah perubahan dari dalam sebab itu kekal,perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu lakonan.
hati seorang yang bodoh terletak di mulutnya tetapi mulut seorang yang bijak terletak di hatinya.
pelaburan yang paling menguntungkan ialah sebentuk senyuman dan perniagaan yang paling merugikan ialah secebis kejian yang anda cetuskan
tiada kekayaan yang melebihi kesihatan badan dan tiada kegembiraan melebihi kesenangan hati.
minda positif,tubuh sihat dan Allah sentiasa dibawa bersama
apapun bentuk kehidupan yang anda hadapi,berikan diri anda yang terbaik setiap hari.
hidup hari ini dengan mempelajari kelmarin dan sasaran untuk esok adalah perancangan hari ini.
hampir semua kerja menjadi ringan bila hati bahagia dan ceria.
seorang yang negatif melihat masalah dalam semua peluang tetapi orang yang positif melihat peluang dalam semua masalah.
my love commitmentto myself,my family and my fellowmen becomes a total commitment that gives me the courage and strength to face the challenges of life
untuk bertindak bijak,kita kena berfikir secara bijak,tapi untuk mencapai awan tidak cukup dengan layang-layang.

Saturday, October 24, 2009




Empat Tanda Cinta Sejati

Anda dapat menemukan seseorang yang benar-benar sangat cocok untuk dijadikan pasangan hidup dan bahkan memilikinya lebih dari satu dalam hidup Anda. Tetapi kemudian bagaimana Anda benar-benar mengetahuinya dengan yakin?

Berikut bantuan untuk meyakinkan keputusan hubungan Anda:



Ungkapkan keinginan dan mengapa menginginkannya?

Anda harus memiliki kejelasan tidak hanya tentang apa yang Anda ingin dari cinta, tetapi apa yang diinginkan dalam hidup dengan pasangan Anda. Segera setelah mengetahui itu, Anda akan yakin telah masuk dalam suatu hubungan dengan tujuan dan visi yang jelas seperti apa hubungan Anda dengan dia. Menentukan kriteria akan membantu terhindar dari kesulitan terlibat dengan seseorang yang tidak cocok bagi Anda.



Ukur romantisme Anda

Meskipun kedengarannya basi, buatlah daftar harapan pasangan ideal Anda. Isi dengan keinginan pasangan sempurna, istimewa tetapi realistis. Semakin banyak Anda tahu apa yang cocok bagi Anda, semakin mudah menangkap momen kapan dia bisa berjalan bersama Anda.



Cintai diri sendiri

Ada pepatah lama mengatakan: “Anda tidak akan bisa membahagiakan orang lain sampai Anda membahagiakan diri sendiri.” Hal ini tidak hanya akan membantu pada saat bertemu dengan seseorang yang baru tetapi juga membantu Anda memulai hubungan pada saat yang tepat.



Jadilah yang terbaik

Cinta bukan hanya sekedar mencari seseorang yang akan membuat Anda bahagia. Kecocokan akan menghasilkan yang terbaik- mungkin seseorang yang akan membuat Anda menjadi orang yang bahagia dan lebih produktif.



Cara terbaik untuk menemukan cinta sejati adalah pintar-pintarlah memilih seseorang dan jelas mengapa Anda memilihnya.

Friday, October 23, 2009



Tidak perlu mencari secantik Balqis..andai diri tak sehebat Sulaiman..mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha..tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tak sehebat Siti Hajar dan mengapa di dambakan teman hidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..carilah kebaikan pada dirinya..bersyukurlah kerana di pertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu..